Cabutan Gigi (Extraction)
 

Cabutan gigi atau extraction ialah penyingkiran gigi dari mulut. Cabutan atau extraction dilakukan untuk pelbagai sebab-sebab yang luas, termasuk kerosakan gigi yang telah memusnahkan struktur gigi yang cukup untuk menyebabkan gigi tidak dapat dipulihkan lagi.

Cabutan gigi bongsu yang sakit atau bermasalah biasa dilaksanakan, sebagaimana rawatan cabutan atau extraction beberapa gigi kekal untuk memberi ruang bagi rawatan orthodontic atau lebih dikenali sebagai braces iaitu pendakap gigi.

Walaubagaimanapun, cabutan gigi atau extraction merupakan langkah terakhir yang kami lakukan yang mana kami akan cuba menyelamatkan gigi pesakit melalui kaedah rawatan akar atau Root Canal Treatment.

 

 

KEMAMAN: Lot K- 3110, Jalan Kuantan-Kemaman, Taman Geliga Sakti, 24000 Kemaman, Terengganu. Tel: 019- 955 4161

KUANTAN: B- 8010, SriI Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek, 25200 Kuantan, Pahang. Tel: 019-981 4913

 

 

2012 © Klinik Pergigian Syarifah Fazlina Sdn. Bhd.